Pages

Monday, August 13, 2012

jadikan ia amalan...


Saya ingin berkongsi sedikit ilmu itu... untuk menjadi amalan harian kita..InsyaAllah!

1. Sabda Rasullullah, setiap satu sedekah kita akan dibalas dengan 10 ganjaran! Dari itu, usahlah kedekut untuk bersedekah kerana setiap sedekah kita akan dibalas dengan 10 kali ganda ganjarannya.

2. Mengikut sunnah Rasulullah, setiap amalan yang baik harus dimulakan dengan bahagian kanan. Contohnya pakai baju mulakan dengan tangan kanan diikuti dengan tangan kiri, begitu juga memakai sarung atau seluar, duduk dulu baru masukkan kaki kanan diikuti kaki kiri.Manakala untuk membutangkan baju, Rasullullah akan membutang dari bawah keatas......begitulah tertibnya ajaran Islam ini.

3. Setiap pagi bangun tidur, sebelum mengosok gigi.. minum air kosong segelas. Cara minum pula usah tergopoh gapah...dengan menarik nafas,teguk air perlahan, biarkan seketika di dalam mulut (dlm 4-7 saat) sebelum menelan dan menghembus nafas. Sebabnya, menurut kajian moden, air tersebut akan bercampur dengan air liur yang akan mengeluarkan enzim yang akan bertindak untuk sistem pencernaan yang baik. Manakala, jangan menghembus nafas semasa meneguk air kerana nafas kita mengandungi karbon dioksida akan bertindak balas dengan air minuman(H2O) yang kita sedang hirup dan menghasilkan toksid. Orang yang mengidap gastrik lebih baik mengamalkan petua ini. Ini juga petua untuk awet muda.

4. Menurut kajian, pasangan yang sebelum pergi kerja mengambil masa selama 10 saat untuk memeluk pasangannya akan merangsangkan produktiviti pasangan dan menjadikan pasangannya lebih positif dan bersemangat utk kerja dan melakukan aktiviti harian. Ini juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan penyakit2 tekanan yang lain... tetapi harus ingat... cuma peluk 10saat sahaja tau... jangan lelebih... nanti tak pergi kerja pulak.

Amalkan yang sedikit ini, Insyallah akan memberikan perubahan yang besar kepada kita disuatu hari nanti. Untuk mencipta perubahan yang besar di masa depan, harus dimulai dengan amalan2 yang semudah ini...

0 comments:

Post a Comment