Pages

Sunday, March 2, 2014

Jangan Dipukul Anak Menangis!! 2/3/14

assalamualaikum..


bila ada anak kecik mama nie kena ikut time dia baru dapat mama selesikan kerja-kerja mama...
kalau dulu boleh masak on time, buat assgment, 
tp skrg mama kena susun lebih masa...

kadang-kadang bila kita dah penat sangat..
lepas tu puteri hati mama menangis je, merengek je..
kita nie mama dia pon lama-lama boleh hilang sabar..
tapi tak ada la sampai nak pukul dia ke apa...
macam kalau dah penat sangat dan hanan menangis tak tahu nak apa..
dah sapu minyak tyt, telon, tropika kat perut..dah tukar pampers dh bg susu dan macam-macam lagi buat..
tapi still merengek dan menangis..
mama akan dukung sekejap bawak pusing-pusing dalam rumah..
takot hanan kembung x selesa bila baring...

bila dah dukung pusing satu rumah..
lepastu tengok dengan air mata meleleh je..
memang tersentuh la rasa keibuan mama tu...

n paling mama x sanggup tengok hanan menangis..
sebab anak mama ni bukan jenis bnyk ragam kalau x sakit atau x selesa
sebaik mungkin mama akan jaga hanan...
walaupun hanan pernah ganggu tido mama
mama x marah syg... 
cume satu ketika tu...
mama mmg MARAH betol bile
"......" pukul kaki hanan sebab menangis smpi pukul 3.30pg 
mungkin ganggu dia nk tido dh penat...
padahal anak mama kembung teruk hari tu...

mama sabar je sampai 4.30pg anak mama ni nangis..
dh muntah,buang air besar, buang angin bru lega...
bru hanan mula nk tido...
5.30pg mama dh bagun utk siap2x barang hanan n mama n g kerja..

lepas hri tu mama nak hanan mama anta hanan mama ambik..
biar semuanya hanan depan mata mama...




so..pada ibu atau bapa diluar sana..
yang bila balik kerja atau banyak kerja sampai balik rumah penat..
anak pulak menangis..
sebelum kita nie hilang sabar baik jauhkan diri dari anak korang..
takut dalam tak sedar korang dah pukul dia..dah goncang dia..dan menyakitkan baby korang..
bagi pada suami atau isteri dan korang calm down..
nie cara saya la...sebab kita nie manusia biasa..
penat dengan segala urusan semua..walaupun duduk rumah tau..
saya tak pukul cuma saya biarkan dia nangis..lepastu saya peluk hanan..
usap badan dia, usap kepala dia..
pujuk dia..puji dia..cakap "anak mama nie baik kan...kenapa nie meragam,,takmo menangis lagi ok..
mama dengan ayah ada nie selalu dengan hanan"..

meh sini adah nak kongsikan kenapa kita tak boleh pukul anak bila dia menangis... 


JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)



p/s : anak anugerah yang sangat ternilai...lahirnya Afhan Nur Hanan bagi seribu makna dan harta tak ternilai pada mama....dia la penguat semangat mama untuk bagi yang terbaik untuk dia pada masa akan datang...

0 comments:

Post a Comment