Pages

Monday, September 23, 2013

PENGALAMAN UNTUK BAKAL IBU

Waktu mengandung dikira selama 40 minggu daripada tarikh terakhir haid. Jadi, 2 atau 3 minggu pertama itu anda mungkin belum mengandung pun lagi. Dan 40 minggu itu dipecahkan kepada 3 trimester. Trimester 1: 1-12, trimester 2: 13-26, trimester 3: 27-40


Trimester pertama:

4 minggu yg pertama

Anda: Tak rasa mengandung pun, atau mungkin belum mengandung lagi. Tapi sekiranya anda sedang mencuba mendapatkan anak, digalakkan makan folic acid.

Bayi: Belum dipanggil fetus lagi, masih dipanggil embryo.
Minggu 5-6

Anda: Tak Nampak macam mengandung pun, tapi anda mungkin rasa sangat letih (sama macam rasa just before datang haid), rasa nak buang air kecil selalu, payudara sakit, dan mungkin rasa kelat sikit dalam mulut (loya).

Bayi: Baru bersaiz biji buah oren, rupa macam berudu tak macam rupa manusia lagi. Tapi jantung dia dah mula bekerja dan otak dan system saraf dia dah mula nak terbentuk. Kat kepala dia sudah mula ada tanda utk mata, hidung dan telinga. Kaki dan tangan baru nak berputik.




Minggu 7-8

Anda: Mula jadi gemuk2 air gitu, dah mula rasa loya (separuh orang tak loya lansung sepanjang ngandung) tersangat letih. Perasaan emosi anda tak menentu, kadang2 marah kadang sedih (so kaum bapa, harap2 dapat la faham, layan isteri anda baik2, dia tak sengaja, itu semua disebabkan hormone), jantung anda berdegup semakin kencang.

Bayi: Organ2 dalaman bayi mula nka tumbuh dan dia bersaiz seperti kacang bean. Tangan dan kaki dia mula nak tumbuh jari, muka dah mula jadi muka manusia, kelopak mata, lidah mula ada. Munggu ke 8 ‘ekor berudu’ mula hilang, dia sudah dipanggil fetus.



Minggu 9-10

Anda: Kulit anda mungkin berubah menjadi lebih lembut, kalau anda kurang bernasib baik ada yg semakin berjerawat. Tapi semuanya disebabkan oleh hormone. Kadang2 anda mudah merasa mabuk dan nak pengsan. Dgr bicara diri anda.. hehe (mcm ayat2 cinta pulak), kalau penat berehat. Bila gosok gigi hati2 sebab gusi mudah berdarah.

Bayi: Semua bahagian anggota badan dah ada walaupun belum sempurna sepenuhnya. Dia dah boleh menelan, menendang (tapi anda tak rasa) dan setiap hari ada detail2 kecil terjadi, contohnya sikit rambut. Otaknya berkembang dgn kadar 250 000 sel otak dalam seminit (subhanallah).


Minggu 11-12

Anda: Anda semakin mudah berasa lapar (i.e. mula nak makan banyak), rasa lebih mudah panas drp biasa dan lebih dahaga. Kadang2 ada line gelap kat perut anda, ini kenali dgn nama linea nigra (jgn risau, lepas beranak nanti hilang line tu.) Selalunya time nih anda menghadiri appointment pertama anda dan mungkin scan.

Bayi: Dah sepanjang ibu jari anda, jari2 tangan dan kai dia dah mula berpecah, dah ada siku dan pergelangan tangan. Usus dia mula develop, buah pinggang dan hati mula bekerja dan muka dia semakin menjadi muka manusia. Dia sudah boleh menggeliat, berpusing dan menguap (cutekan?) dan time nih bayi dah mula kuat sikit terhadap serangan jangkitan.

So selalunya, kalau dah lepas minggu ke 12, kadar kandungan nak gugur semakin berkurangan, selalunya lepas minggu ke 12 lah nak bagitau orang ngandung dah ok.




Trimester kedua

Minggu 13-14

Anda: dah mula hilang rasa mabuk. Kalau kurang bernasib baik sampai habis ngandung pun boleh mabuk. Mula nampak perut. Anda perlu bertukar kepada bra yg lebih baik, yg support, kalau tak nanti … faham2 je la. Tapi elakkan guna bra yg underwired, sebab tak baik utk saluran susu.

Bayi: badan dia sekarang membesar dgn kadar lebih tinggi berbanding kepala, jadi dah mula ada proportion elok. Saiz dia dah macam pisang emas. Dah mula ada kening dan kulit dia dah mula disaluti buluroma yg halus (namanya lanugo.. kadang2 bayi lahir awal bulan Nampak bulu2 ruma camnih), dia dah mula ada cap jari yg unik.

بَلَىٰ قَادِرِينَ عَلَىٰ أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ
bahkan Kami berkuasa menyusun dengan sempurna hingga ke hujung jarinya (al-Qiyamah:4)



Minggu 15-16

Anda: Perut dah semakin membesar, so pakaian yg anda biasa pakai dah mula rasa tak muat. Ada sesetengah wanita yg time nih muka semakin berseri, rambut semakin lebat dan kuku semakin kuat (masa pregnant, rambut jarang gugur, tapi masa lepas beranak dlm baby berusia 3,4 bulan rambut akan mula gugur dgn banyak sekali utk compensate yg tak gugur masa ngandung)

Bayi: Degupan jantungnya semakin kuat, kaki tangan boleh bergerak2, dan mula hiccup. Salur darah kelihatan dipermukaan kulit, bayi sekarang bersaiz buah avocado.


Minggu 17-18

Anda: dah mula ada stretchmarks kat pinggang, dada dan perut. Kalau gatal gunakan minyak zaitun atau krim. Kalau keturunan anda (yakni mak atau kakak anda) jenis yg berparut, tak kiralah krim apa pun yang anda guna, akan still ada jugak parut tuh. Tapi lepas beranak nanti ianya bertukar warna (mengikut warna kulita anda). Utk ibu2 yg pernah mengandung, dah mula boleh rasa bayi bergerak, tapi org lain tokleh rasa lagi.. masa ni rasa syok masa bayi tending, tapi bapak2 letak tangan kata takder pun? Dalam 2, 3 minggu lagi tendangan bayi semakin kuat utk dirasai olrh bapak2..

Bayi: matanya dah mula sensitive kpd cahaya, anggota sulit dah mula develop, so kalau scan dah boleh tengok lelaki ke perempuan. Ada bahan berlemak menutupi tubuh bayi (utk perlindungan). Bayi semakin aktif, menendang, berpusing sebab banyak ruang, kadang2 bermain dgn tali pusatnya.

Minggu 19-20

Anda: dah separuh jalan dah. Semakin kuat berpeluh (rasa panas) kadang2 rasa sakit sikit di perut (sebab ligament anda semakin tegang).

Bayi: dah 15 cm panjangnya, dan mula mengumpul lemak utk badan dan tenaga. Sel dalam otaknya tentang rasa, penglihatan, bau sentuhan dan pendengaran mula develop. Kulit bayi mulai semakin tebal.



Minggu 21-22

Anda: sebab perut anda semakin membesar (titik graviti berubah), anda rasa mudah nak terjatuh . kalau angkat benda berat jaga2 tulang belakang (atau better suruh bapak2 jelah angkatkan bebenda berat). Sebab mudah nak sakit tulang belakang, janganlah pakai kasut tumittinggi lagi, lagipun kaki anda dah semakin membesar, so.. time nih kena tukar kasut baru kot (hint utk kaum bapak..) kalau suami anda jenis kedekut.. anda pakai selipar jepun je la..

Bayi: mata dah sempurna, Cuma warna mata belum ada. Bayianda mula mendapat antibody drp anda utk melindunginya masa lahir nanti. Bayi semakin aktif, dan anda perasan makin2 aktif masa anda mula nak baring tido.




Minggu 23-24

Anda: semakin berat dan kadar pertambahan berat anda semakin menjadi2 lagi 2, 3 minggu ni. Mata anda sekarang mudah nak jadi kering (so gunalah eyemo..atau yg sewaktu dgnnya hehe..). Nak tido dah makin susah nak selesa, tapi kebanyakan mak2 (termasuk saya) letak bantal kat bawah perut masa tido mengereng, dan juga dicelah kaki (so bapak2 biarlah anda tido takder bantal pun asalkan isteri anda selesa). Kadang2 rasa macam nak tolak bapak2 jauh2 supaya tido anda semakin selesa.. tapi jangan! Kang berdosa pulak.. sakit beranak nanti Mr. Green

Bayi: Berat dalam 29 cm dan berat dalam 500 gram (setengah kilo), sudah nampak sepereti bayi betul, tapi masih belum byk lemak, kulit dia berkedut2. Paru2 dah ada so, dalam ilmu teori, kalau na’uzubillah terberanak sekarang, dia dah boleh hidup tap dengan alat bantuan pernafasan.




Minggu 25-26

Anda: saiz rahim anda dah menjadi saiz sebiji bolasepak dan akan membesar dgn kadar 1cm seminggu (so time camnih kalau perasan kadang2 bidan atau doctor kira umur kandungan anda dari kiraan tinggi fundus; i.e. kalau sampai kat just ari2 kandungan anda dalam 12 minggu, kat pusat 20 minggu, kat just bawah rusuk cukup bulan, 40 minggu). Anda asyik rasa nak terbuang air kecil sebab berat bayi yg menekan pundi kencing, tubuh semakin lemah.

Bayi: Sudah boleh mendengar, so bacakanlah ayat2 Quran utk anda dan bayi anda. Surah2 yg baik utk dibaca selalu semasa mengandung; surah Maryam, Yusuf, Luqman. Seelok2nya berazamlah utk habiskan khatam quran seluruhnya dalam 9 bulan mengandung tu, baca selow2 dan fahamkan. Quran bagus utk menenangkan perasaaan dan tubuh yg penat .

Bayi dah boleh buka mata, hisap jari dan dah mula ada pattern tido dia sendiri (anda perasan dia selalu jaga/aktif masa anda baru mula nak tido!). Time nih, bila bayi menendang org lain dah mula boleh rasa jika pegang perut anda, and time nih la kaum suami/bapak baru boleh percaya betul2 memang ada bayi dalam perut isteri… Mr. Green sweet..





TRIMESTER KETIGA

Minggu 27-28

Anda: Sekarang rahim anda telah membesar hingga dekat tulang rusuk, menyebabkan anda payah bernafas, semput. Bila dah bermacam2 perubahan dan kepayahan yg menggangu fikiran anda, anda menjadi semakin pelupa. Ada sesetengah wanita yg sudah mula mengeluarkan susu, yg dinamakan colostrums susu awal bayi, tapi time nih tak banyak praktis je.

Bayi: bayi anda, selain dah boleh mula buka mata dah boleh memalingkan muka kearah cahaya terang yg berterusan (nih kalau anda berlengging tak tutup perut la…). Degup jantung bayi anda adalah antara 120 ke 160 denyut seminit (2 kali lebih laju drp anda punya). Paru2 dia semakin matang, dan bayi semakin aktif menendang (sementara apa ruang lagi).





Minggu 29-30

Anda: Sekarang anda mungkin dah tambah 10 kg drp berat asal anda (kalau makan berpada2), ada sesetengah wanita yg pusat dia terkeluar. Hormon membuatkan system digestion anda tak berapa cekap, so makanan yg pedas2 dan berempah senang nak membuatkan ulu hati anda pedih. (Tips: Kalau anda makan bebenda camnih, elok makan yoghurt juga so meneutralkan kepedihan acid tuh, atau minum susu. Kalau pedih tak hilang jugak, macam saya dulu ambil gaviscon dalam bentuk tablet, kunyah dan telan.) Banyakkan juga minum air kosong dan makan buah2an utk elakkan sembelit. Utk elakkan sakit belakang dan pinggang, jgn bongkok masa angkat barang (nanti kita bincang later bab ini).

Bayi: hampir memanjang macam anjang masa lahir nanti tapi belum habis tambah berat. Tulang2 dia semakin mengeras, paru2 dia semakin matang, kepala membesar dan otaknya develop dgn kadar yg sgt banyak.




Minggu 31-32

Anda: Kadang2 anda berasa perut anda menegang selama beberapa saat, itu normal dan dipanggil Braxton hicks contraction, praktis utk masa beranak nanti. Anda semakin susah nak tido waktu malam dan mula menghadapi mimpi yg bukan2.

Bayi: Semakin membesar, semakin kurang ruang utk bergerak. By minggu 32, kebanyakan bayi dah mula tak berpusing lagi dan kepala mengadap kebawah. Anda sepatutnya mengira yg bayi anda sekurang2nya menedang 10 kali sehari, kalau dia kurang menendang, cepat2 beritahu doctor/bidan anda.





Minggu 33-34

Anda: Kaki, tangan, sendi2 senang menjadi bengkak terutamanya bila dah petang/malam, disebabkan fluid retention (cecair berlebihan, jantung kena kerja kuat lebih sikit nak pam lawan gravity). Disebabkan itu anda dinasihatkan berehat (bila baring letak kaki atas lebih tinggi drp kepala). Tapi kalau bengkak itu disertai dengan sakit kepala, beritahu bidan anda. Jaga2 postur badan anda semasa mengangkat barang dan bergerak.

Bayi: Semakin berisi dan lapisan lemak semacam lilin dan buluroma yg menutupi tubuhnya mula berkurangan. Sekiranya ini bayi pertama anda, dia mungkin sudah mula turun ke pelvis anda (engaged) dengan keadaan kepala kebawah.





Minggu 35-36

Anda: rahim anda telah membesar sebanyak 1000 kali saiz asalnya. Sekiranya bayi anda telah engaged, anda mungkin kurang berasa sesak nafas, tapi lebih pula bayi menekan pundi kencing membuatkan anda susah untuk menahan buang air kecil. Anda berasa sangat letih dan dah mula berjalan macam ‘mak-itik’.



Bayi: dia sekarang seberat 2.5kg, tumbesaran cepat dia dah mula berkurangan dan sekarang Cuma bertambah 28g sehari. Pendengaran dia semakin baik (so cakap2lah dgn dia bila mengulik2 perut tuh) dan kuku dia dah mula panjang. Bila lapisan perut anda menjadi tipis, bayi anda dah boleh membezakan antara siang dan malam.


Minggu 37-38

Anda: tarikh rasmi anda bersalin lagi 3 minggu, tapi sekarang kelau beranak doctor dah kira cukup bulan (i.e. kalau nak beranak sekarang pun dah boleh). Anda semakin kerap mendapat Braxton Hicks contraction, tapi perhatikan elok2 perbezaan antara contraction yg nak beranak betul dan praktis. (sakit beranak lagi kuat sakitnya dan timing antara contraction semakin frequent).

Bayi: Mungkin dah penuh rambut (tengok keturunan) dan sesetengah bayi rambut dah sepanjang 2.5 cm. Pergerakan bayi semakin kuat dan memeranjatkan anda bila dia menendang.





Minggu 39-40

Anda: Rasa besar sangat dah macam gajah dan semakin tak sabar menanti orang baru tiba. Anda mungkin tiba2 berasa sangat2 nak mengemas rumah dan membersihkan apa2 yg patut. Ini normal utk banyak wanita dan dipanggil ‘nesting instinct’; macam burung siapkan sarang sebelum bertelur. Bila bayi anda keluar, anda merasa sungguh bahagia….. segala kesakitan dan kesusah-payahan anda ketika mengandung, terus anda lupakan bila melihat wajah bayi anda.

Bayi: kepala bayi dan enganged ke pelvic anda. Secara puratanya, bayi anda sekarang sepanjang 51 cm dan seberat 3.4 kg (bayi perempuan selalunya lebih ringan drp bayi lelaki) tapi apa2 berat dari 2.5 kg ke 3.8 kg dikira normal. Dia dah bersedia untuk alam luar rahim.






Surah Luqman ayat 14:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Ingatlah jasa ibu anda..

0 comments:

Post a Comment