Pages

Monday, August 13, 2012

Info : 7 Sebab Lelaki Gagal Menawan Wanita





"Apa yang tak kena dengan korang nih haa ? Lupakan ! Lupakan sahaja jika faktor KACAK yang tidak korang miliki , kerana ianya tidaklah penting seperti yang korang sangkakan . Keikhlasan dan kesungguhan serta sikap menawan pada pertemuan pertama boleh mencairkan teman wanita korang untuk terus menerima korang dengan seadanya . Percayalah:)"

Dekat sini nak share dekat korang ciket , 7 sebab kenapa para lelaki kini GAGAL untuk menawan hati pujangga si wanita nehh ~ Jom kita terjahhh . Grr ^^

1. Suka Sangat Menunjuk-Nunjuk
Errr . Ser ah lelaki macam nih . Ingat bagus sangat kot ? Masa pertemuan untuk pertama kalinya , korang ni ... perghh . Berusaha bersungguh-sungguh tuh untuk memberitahu segala-galanya tentang diri korang . Contoh utama : Kononnya , korang ni ada banglo dekat Damansara Perdana tuu . Tak pun bagitahu yang korang bawa BMW X5 . Ecehh . Bangganya ye ? Tahu tak ? Tindakan macam ni lah yang menyebabkan wanita pandang korang suka membanggai diri. Cukup sekadar memberitahu pekerjaan korang and biar lah wanita yang judge berapa banyak harta yang korang ada ok?

2. Terlalu Banyak Menyentuh
Iya ~ Memang tak dapat dinafikan lagi , wanita memang suka disentuh tetapi awas ! Lihat dulu keadaannya . Sentuhan pada wanita hanya perlu bila korang dapat melihat isyarat yang 'dia suka korang' . Selagi dia masih ragu-ragu and kerap menjauhkan jarak korang dengan dia jangan sesekali korang bertindak melulu yea ! (Peringatah : Aksi sentuh menyentuh ni , haram di sisi Islam ok ? So , kalau nak sentuh ke hape , kahwin dulu . kehekh < walaupun banyakk couple sekarang yang dah tak kisah dengan benda nih semua> aiyoo )...

3. Kurang Sikap Lelaki Budiman
Cuba tanya mana-mana wanita siapa yang tak suka lelaki budiman atau dikenali sebagai 'gentleman ' nih kan . Lisa Surihani pun suka . Lady Gaga , lagi lah suka . haha.. Yang membuka pintu kereta , yang menarik kerusi untuk pasangan , yang membawa sekuntum bunga merah masa jumpa (alahaii.. romantiknyaa.) , yang sering mengucapkan kata sayanggg , yang menuangkan air minuman untuk si dia .. Sikap begini lah yang amat disenangi oleh wanita kini . Kalau Lyssa pun , kalau dapekk lelaki macam nih . Perghh . SUMPAH , tak kan lepas ooo . kihkih :*

4. Langsung Tak Bersopan-Santun
Eiyy. Korang jangan ingat bersopan santun hanya untuk 'wanita' je ehh . Lelaki pun perlu bersikap sedemikian ! Sikap kasar dan kurang budi bahasa membuatkan wanita meluat dengan korang ni . Selalunya , ia datang secara asli mengikut gaya hidup dan status sosial korang tetapi , kalau korang selalu sangat ditolak wanita , korang seharusnya menukar cara dan gaya korang kerana sikap sopan-santun memang dah ada dalam diri . Cuma perlu dipraktikkan lagi :)

5. Kurang Sangat Puji-Memuji
Yes ! Memang wanita sukakan pujian and kalau korang lihat dia tersipu-sipu malu kan , maksudnya taktik korang tuh memang sudah mengena ! " Baju you pakai cantik hari ni" ; "Senyuman you memang manis" ; "I suka bila you ketawa" ; "You have a beautiful smile in a world" ! Katakanlah apa sahaja asalkan pujian itu berpijak di bumi yang nyata .. Janganlah pulak puji sampai GILA-GILA HIPERBOLA tuu .. Kaarangg penampor yang korang dapekk . ehhee. Dan dalam sekali pertemuan tu , hanya perlu SEKALI sahaja pujian , kalau terlalu kerap , nanti jadi hipokrit pulak . kehkeh~

6. Berperangai Kalut dan Gelojoh
Korang nakkan dia , tapi tak sabar and gelojoh . Macam Mr.Bean je .HAHA . Ok . Misalnya korang ni jenis suka sangan memaksa-maksa dia sukakan korang ataupun menarik tangan dia untuk bercerita dengan korang atau memaksa dia bersalam dengan korang , sedangkan dia belum buat keputusan ke atas korang . Bersikap lebih tenang dan tidak terlau terburu-buru lebih banyak membantu . So , fikir-fikirkan lah ye ? :)

7. Penampilan itu Penting
Aspek inilah yang mungkin korang abaikan . Tahukah korang bahawasanya wanita ni lebig sukakan lelaki yang pandai menjaga imej dan penampilan seperti tubuh yang dijaga bersih , bau wangian , kemas , dan berpakaian sesuai mengikut acara . Kalau lelaki ni memakai pakaian yang salah di upacara yang salah , wanita memang berpaling daripada melihat korang . Say "BYE-BYE" je lah . hehe . Akan tetapi , bagi lelaki yang memiliki sendikit jambang tidaklah salah kerana ada wanita yang sukakannya :)


0 comments:

Post a Comment